|
. BULETIN JAMIS UPM
MENGULAS ISU PENDAFTARAN PBTUPM & AGENDA TERSEMBUNYI GMM
www.jamisupm.blogspot.com
Tarikh keluaran: Minggu Ketiga Kuliah Semester Kedua 2006-2007. Panel Penulis: Keris Perak, Badang Samudera, dan Shuhada Perang.
Mampukah PBTUPM menjawab persoalan di bawah;
Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) tidak terlibat langsung dengan PBTUPM?
Jika dikenang-kenang semula, PMI dahulunya dipandang tinggi oleh masyarakat kerana towering personalitinya. Kini PMI dicemari oleh PAS sehinggakan apabila disebut ahli PMI, mereka dipersepsikan sebagai ahli PAS.
JAMIS UPM tidak mahu jika PBTUPM yang masih suci ini dirogol oleh GMM. Tidak sanggup juga nanti apabila disebut ahli PBTUPM, maka orang akan mempersepsi bahawa itulah ahli DAP.
“Ahli GMM kini tercemar dengan politik luar seperti DAP khususnya, dan Keadilan/PAS amnya. Mahasiswa yang menyertai PBTUPM, akan diserap oleh ahli GMM, dan mereka ini akan diajak untuk menyertai rusuhan dan demonstrasi menentang kerajaan.”
PBTUPM, sila sahut cabaran ini – sila dedahkan kepada mahasiswa UPM; JAMIS UPM mencabar PBTUPM membuktikan bahawa tiada penglibatan GMM dalam badan persatuan bahasa itu.
Kesimpulan.
JAMIS UPM dengan ini merumuskan bahawa;
PBTUPM tidak boleh sama sekali didaftarkan di UPM sebagai pertubuhan sah,
melainkan
jika tidak terdapat organisasi yang kabur (double standard) dari kalangan mahasiswa GMMUPM,
dan;
mestilah pertubuhan ini melibatkan keanggotaan dalam kepimpinannya dari kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Persoalan ini saja yang dijawab oleh ahli GMM dalam Artikel PBTUPM sebelum ini. Persoalan yang lain di atas, mereka TIDAK BERANI untuk memberitahu kepada mahasiswa.
Jikalau ada pun pertubuhan PBTUPM yang diaktifkan oleh ahli GMMUPM dalam posisi pertubuhan yang tidak berdaftar, JAMIS UPM menyeru mahasiswa agar mengelakkan diri dari menyertai pertubuhan ini, kerana buat masa ini, PBTUPM telah tercemar akibat penyerapan dakyah dan ideologi GMMUPM.
“Kembalikan Kegemilangan PBTUPM yang Bebas GMM”
Pihak karyawan JAMIS UPM mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 50 Tahun kepada semua Mahasiswa UPM. Aku Sayang Malaysia. Aku Anak Malaysia. Alhamdulillah.
www.jamisupm.blogspot.com
|